KAWAD OPERASI PAM 4

 
 
 
 

PERINTAH;  KAWAD OPERASI PAM 4A

PERBUATAN:

Semua anggota turun daripada jentera dan membuat kerja masing-masing dengan serentak:-

Pemandu membuat kerja-kerja dibahagian pam bersama No.6 seperti dalam kawad operasi pam 2A.

No.6 membantu pemandu dan tunggu di pili bomba.

No.5 ambil satu cabang dan pemgumpul dan dua gulung hos, bawa ke hujung sambungan tiga, letakkan kedua-dua hos dan cabang pengumpul di bawah dan tunggu di situ untuk membuat penyambungan.

No.4 ambil satu gulung hos, sambung daripada salur keluar kedua dan terus membentangkannya,selepas itu, No.4 ambil satu gulung hos yang ditinggalkan oleh No.2 bawa ke hujung sambungan dua dan sambung daripada No.2 serta membentangkannya dan sambungkan ke cabang pengumpul dan tunggu dipertengahan sambungan empat.

No.3 ambil satu gulung hos, sambung ke salur pertama dan terus membentangkannya, selepas itu, No.3 ambil satu gulung hos yang ditinggalkan oleh No.1, bawa ke hujung sambungan dua dan sambung daripada No.1 serta membentangkkannya dan sambungkan ke cabang pengumpul dan lari ke hadapan bantu No.1.

No.2 ambil dua gulug hos, bawa ke hujung sambungan pertama, satu hos letak dibawah, dan satu hos lagi sambung kepada No.4 serta membentangkannya dan lari ke hadapan bantu No.1

No.1 ambil satu nozel dan dua gulung hos, bawa ke hujung sambungan pertama, satu hos diletak dibawah dan satu hos lagi sambungkan kepada No.3 serta membentangkannyadan lari ke 300 kaki ambil satu gulung hos yang ditinggalkan oleh No.5 dan sambungkan kepada cabang pengumpul.serta membentangkannya dan pasangkan Nozel serta ambil kedudukan yang betul.

Apabila sudah siap, No.1 perintahkan No.3 buka air. No.3 menyahut dan lari ke cabang pengumpul dan perintahkan No. 5 buka air. No.5 menyahut dan lari ke pam dan sampaikan maklumat kepada pemandu