KAWAD OPERASI PAM 2

 

PERINTAH : KAWAD OPERASI PAM 2A

PERBUATAN :

Semua anggota turun daripada jentera dan membuat kerja masing-masing dengan serentak:

Pemandu- Ambil perengkuh saksen (wrenches) buka penutup injap (blank cap) dan pasang kepala pengumpul. Apabila siap terus membantu No.6 dan masukkan PTO(Power Take Off).

No. 6 ambil paip umum (stand pipe), kunci pili bomba dan bar (hyrant key and bar)  serta cabang pembahagi (dividing breeching), pasangan standpipe pada pili bomba dan  sambungkan dividing pada standpipe. Lepas itu ambil hos penek sambung dari pili bomba ke kepala pengumpul (collector) serta tunggu di pili bomba.

Jika pili bomba bertiang, No.6 hendaklah ambil gelendong dan kunci pili bomba penyesuai (hydrant adaptor dan dividing pasang pada pili bomba.

No.5 ambil satu gulung hos sambung dari salur keluar pertama lari ke hadapan, sambut kapling dari No.4 dan tunggu di hujung saluran 2.

No. 4 ambil dua gulung hos, bawa ke hujung saluran pertama, satu hos letak dibawah dan satu lagi sambung daripada No.5 lari ke hadapan dan tunggu dihujung saluran 3.

No.3 ambil dua gulung hos, bawa ke hujung saluran 2, satu hos diletak dibawah  dan satu hos lagi sambung daripada No. 3, lari ke hadapan, bantu No.1

No. 2 ambil dua gulung hos, bawa ke saluran 3, satu hos diletak ke bawah dan satu hos lagi sambung daripada No.3, lari ke hadapan, bantu No.1 memegang nozel.

No.1 ambil satu nozel, selitkan ke pinggang dan ambil dua gulung hos bawa ke saluran 4, letakkan kedua-dua hos di bawah sambungkan nozel ke hos yang dilarikan oleh No.2  dan ambil tempat.

Apabila siap, No.1 perintahkan No.3 buka air. No.3 menyahut dan lari ke hujung sambungan dua serta perintahkan No.5 buka air. No. 5 buka air. No.5 menyahut dan lari ke pam serta sampaikan maklumat kepada Pemandu untuk buka air. Pemandu menyahut dan perintahkan No.6 buka air. No. 6 menyahut dan terus memusingkan kunci pili bomba untuk membuka air.

PERINTAH: TUTUP AIR DAN KEMAS

PERBUATAN :

No.1 perintahkan No.3 menutup air dan kemas. No.3 menyahut dan perintahkan No.5 menutup air dan mengemas.

No.5 menyahut dan  sampaikan maklumat kepada pemandu menutup air dan mengemas.

Pemandu menyahut dan menutup hantaran salur keluar serta perintahkan No.6 menutup air dan mengemas.

No.6. menyahut dan terus memusingkan kunci pili bomba untuk menutup air serta mengemaskan alatannya.

Sebaik sahajaair berhenti mengalir, No.1 menanggalkan nozel dan selitkan di celah tali pinggang serta menggulung hosnya.

Semua anggota yang lain menggulung hos dan menyimpan kembali dijentera dan kemudian mengemas lain-lain alat. Apabila siap, semua anggota beratur rapat ke jentera.

Pemandu hendaklah memeriksa sekeliling jentera dan menentukan semua alat dikemaskan dan pintu-pintu (lockers) ditutup. Pemandu memberi peirntah naik ke jentera.

Seterusnya, Pemandu berlari melaporkan kepada Penyelia seperti dalam Kawad Operasi Pam 1A.






PERINTAH : KAWAD OPERASI PAM 2B

PERBUATAN :

Semua anggota turun daripada jentera dan membuat kerja masing-masing dengan serentak:

Pemandu- Ambil perengkuh saksen (wrenches) buka penutup injap (blank cap) dan ambil saksen dan bantu No.6. Selepas itu, pemandu memasukkan PTO (Power Take Off).

No. 6 ambil paip umum (stand pipe), kunci pili bomba dan bar (hyrant key and bar)  serta pasang standpipe pada pili bomba sambung kedua-dua saksen ke pam dan pili bomba sehingga selesai. Semua kerja ini dibantu oleh Pemandu. Jika pili bomba bertiang yang digunakan, peraturannya adalah sama cuama alatannya berlainan sedikit.

No.5 ambil satu gulung hos sambung dari salur keluar pertama lari ke hadapan dan tunggu dihujung sambungan dua.

No. 4 ambil dua gulung hos, bawa ke hujung saluran dua, satu hos letak dibawah dan satu lagi sambung daripada No.5 lari ke hadapan dan tunggu dihujung saluran 3.

No.3 ambil dua gulung hos, bawa ke hujung saluran 3, satu hos diletak dibawah  dan satu hos lagi sambung daripada No. 3, lari ke hadapan, bantu No.1

No.1 ambil satu nozel, selitkan ke pinggang dan ambil dua gulung hos bawa ke saluran 4, letakkan kedua-dua hos di bawah sambungkan nozel ke hos yang dilarikan oleh No.2  dan ambil tempat.

Apabila siap, No.1 perintahkan No.3 buka air. No.3 menyahut dan lari ke hujung sambungan dua serta perintahkan No.5 buka air. No. 5 buka air. No.5 menyahut dan lari ke pam serta sampaikan maklumat kepada Pemandu untuk buka air. Pemandu menyahut dan perintahkan No.6 buka air. No. 6 menyahut dan terus memusingkan kunci pili bomba untuk membuka air.

PERINTAH: TUTUP AIR DAN KEMAS

PERBUATAN :

No.1 perintahkan No.3 menutup air dan kemas. No.3 menyahut dan perintahkan No.5 menutup air dan mengemas.

No.5 menyahut dan  sampaikan maklumat kepada pemandu menutup air dan mengemas.

Pemandu menyahut dan menutup hantaran salur keluar serta perintahkan No.6 menutup air dan mengemas.

No.6. menyahut dan terus memusingkan kunci pili bomba untuk menutup air serta mengemaskan alatannya.

Sebaik sahajaair berhenti mengalir, No.1 menanggalkan nozel dan selitkan di celah tali pinggang serta menggulung hosnya.

Semua anggota yang lain menggulung hos dan menyimpan kembali dijentera dan kemudian mengemas lain-lain alat. Apabila siap, semua anggota beratur rapat ke jentera.

Pemandu hendaklah memeriksa sekeliling jentera dan menentukan semua alat dikemaskan dan pintu-pintu (lockers) ditutup. Pemandu memberi peirntah naik ke jentera.

Seterusnya, Pemandu berlari melaporkan kepada Penyelia seperti dalam Kawad Operasi Pam 1A.





 
 

PERINTAH : KAWAD OPERASI PAM 2C

PERBUATAN :

Semua anggota turun daripada jentera dan membuat kerja masing-masing dengan serentak:

Pemandu- Ambil perengkuh saksen (wrenches) buka penutup salur masuk. Selepas itu, Pemandu bersam No.6 mengambil saksen yang pertama serta meletakkan di bawah pam inlet dan mengambil saksen kedua diletakkan dihujung saksen pertama dan mengambil lagi saksen ketiga diletakkan dihujung saksen kedua kemudian sambungkan saksen itu dari pam hingga ke hujung, kemudian pemandu pasangkan penapis logam dan penapis raga serta membuat ikatan simpul belit pada penapis raga seterusnya memasukkan saksen itu ke dalam air.

Selepas itu pemandu pergi memasukkan alat PTO.

No. 6 ambil penapis logam, penapis raga dan tali saksen diletakkan di hujung saksen ketiga.

Selepas itu No.6 bersama pemandu ambil saksen pertama, kedua dan ketiga serta menyambungkannya kesemua saksen itu dan No.6 membuka tali berikan hujung tali kepada pemandu dan No.6 membuat ikatan half hitch pada tiap-tiap sambungan saksen dan hujung tali itu diikatkan kepada pam/jentera dengan ikatan "round turn and two half hitch". 

Seterusnya masukan saksen dalam air dan No.6 menunggu di pam itu untuk membantu pemandu

No.5 ambil satu gulun hos sambung dari salur keluar pertama, tunggu di hujung sambungan kedua.

No.4 ambil dua gulung bawa ke 100 kaki , satu hos diletak di bawah dan satu lagisambung kepada No. 5 lari kehadapan dan tunggu dihujung sambungan ketiga.

No.3 ambil dua gulung hos, bawa ke sambungan dua, satu hos diletak dibawah  dan satu hos lagi sambung daripada No. 3, lari ke hadapan, bantu No.1

No.2 ambil dua gulung hos bawa ke hujung sambungan tiga, satu hos diletak dibawah dan satu lagihos sambung kepada No.3 lari ke hadapan dan bantu No.1.

No.1 ambil satu nozel, selitkan ke pinggang dan ambil dua gulung hos bawa ke hujung sambungan empat letakkan kedua-dua hos di bawah sambungkan nozel ke hos yang dilarikan oleh No.2  dan ambil tempat.

Apabila siap, No.1 perintahkan No.3 buka air. No.3 menyahut dan lari ke hujung sambungan dua serta perintahkan No.5 buka air. No. 5 buka air. No.5 menyahut dan lari ke pam serta sampaikan maklumat kepada Pemandu untuk buka air. Pemandu menyahut dan terus membuka hantaran salur keluar.

PERINTAH: TUTUP AIR DAN KEMAS

PERBUATAN :

No.1 perintahkan No.3 menutup air dan kemas. No.3 menyahut dan perintahkan No.5 menutup air dan mengemas.

No.5 menyahut dan  sampaikan maklumat kepada pemandu menutup air dan mengemas.

Pemandu menyahut dan menutup hantaran salur keluar dan bebaskan PTO serta mengangkat saksen bersama No.6  sambil membuka semua sambungan saksen serta mengemaskannya.

Sebaik sahaja air berhenti mengalir, No.1 menanggalkan nozel dan selitkan di celah tali pinggang serta menggulung hosnya.

Semua anggota yang lain menggulung hos dan menyimpan kembali dijentera dan kemudian mengemas lain-lain alat. Apabila siap, semua anggota beratur rapat ke jentera.

Pemandu hendaklah memeriksa sekeliling jentera dan menentukan semua alat dikemaskan dan pintu-pintu (lockers) ditutup. Pemandu memberi peirntah naik ke jentera.

Seterusnya, Pemandu berlari melaporkan kepada Penyelia seperti dalam Kawad Operasi Pam 1A.


PERINGATAN:

Sekiranya jentera bomaba tidak boleh rapat ke perbekalan air terbuka, maka pam mudahalih hendaklah digunakan.

No.1, 2,3 dan 4 membawa pam mudah alih ke perbekalan air No. 5 dan No.6 membawa saksen.

Pemandu membawa perengkuh, penapis logam, penapis raga dan tali saksen ke perbekalan air. Selepas itu, barulah semua anggota membuat kerja masing-masing.

Pemandu dan No.6 mengendalikan kerja-kerja dibahagian pam.