KAWAD SAKSEN


 



KAWAD SAKSEN

PENERANGAN :

Perbarisan kawad saksen ini adalah sama seoerti perbarisan kawadhos permulaan, yang mana semua anggota berbaris di dalam satu barisan panjang.
Semua perintah dan perbuatan adalah sama seperti kawad hos permulaan. Cuma perintah bilang berempat-empat ditukarkan kepada perintah bilang bedua-dua.

Perintah rapat ke tempat kerja ditukarkan kepada perintah. Tiga langkah dibelakang jentera ----Gerak ! Lain-lain perbuatan adalah sama seperti dilakukan di dalam kawad hos permulaan.

PERINGATAN :

Anggota No.1 dan No.2 adalah dianggap sebagai pemandu dan No.6 yang mana No.1 sebagai pemandu dan No.2 sebagai No.6. Didalam kerja-kerja dibahagian pam.

PERINTAH :

Pasukan Pertama ! Tiga langkah di belakang jentera----- Gerak !

PERBUATAN :

Anggota No.1 dan No.2 pasukan pertama, pusing ke kanan dan terus berlari dan berbaris tiga langkah di belakang jentera dan pusing ke kanan menghadap jentera.

PERINTAH :

Pasukan------ Bilang !

PERBUATAN :

Anggota-anggota pasukan itu bilang ikut nombor masing-masing.

PERINTAH :

Kawad Memasang Tiga Saksen Pam Tapis. Pasukan---- Gerak !

PERBUATAN :

Anggota-anggota pasukan itu pusing ke kanan dan terus membuat kerja memasang saksen No.1 ambil perengkuh saksen buka penutup salur masuk (inlet blank cap). No.2 ambil penapis logam, penapis raga dan tali saksen (suction line) letakkan dihujung saksen ketiga.

Selepas itu No.1 ambil saksen pertama letak di bawah pam salur masuk. No.2 ambil saksen kedua letakkan di hujung saksen pertama. No.1 ambil saksen ketiga letakkan dihujung saksen kedua dan sambungkan ketiga-tiga saksen itu bersama No.2 dari pam hingga ke hujung.

Seterusnya, No.1 pasangkan penapis logam pada hujung saksen ketiga dan masukkan penapis raga serta buat ikatan simpul belit menyambung saksen tadi, terus membuka gulungan tali saksen dan berikan hujung tali itu kepada No.1 untuk membuat ikatan simpul belit No.2 terus membuat iakatan separuh belit (half hitch) pada tiap-tiap sambungan saksen, seterusnya hujung tali itu diikatkan pada pam atau jentera dengan ikatan round turn and two half hitch.

Apabila siap, No.2 terus pergi berdiri dihujung penapis.

PERINTAH:
Kemas !

PERBUATAN:

No. 1 buka iakatan pada pam dan jentera. No. 2 buka ikatan pada saksen dan sama-sama dengan No.1 membuka sambungan saksen dan menyimpannya semula ke dalam jentera.

Selepas itu, no.2 mengemaskan tali dan mengambil penapis logam serta penapis raga menyimpan semula ke dalam jentera. Manakala No.1 menutup salur masuk dan menyimpan perengkuh saksen ke jentera dan terus menutup semua pintu (lokers).

Apabila siap, No.1 dan No.2 hendaklah berbaris tiga langkah di belakang jentera dalam keadaan sedia.

PERINTAH:

Keluar---- Baris!/ Pasuka Kedua ! Pasukan-----Sedia! Tiga langkah di Belakang Jentera----Gerak !

PERBUATAN :

Pasukan pertama keluar baris dan lari masuk semula disebelah kiri barisan panjang. Pasukan kedua lari masuk berbaris tiga langkah dibelakang jentera. Begitulah seterusnya sehingga habis semua pasukan itu berkawat.